PROFIL KAMI

KTL Properties Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Tanahku Sdn Bhd) ditubuhkan pada tahun 1984, sekarang beralamat di 53-1 & 2, Jalan Mahagoni 5/KS7 Bandar Botanic, 41200, Klang, Selangor Darul Ehsan. Teras perniagaan kami adalah untuk melaksanakan dan membangunkan projek hartanah bercampur terdiri daripada perumahan dan bangunan industri komersil.

 

 

Sejak ditubuhkan pada tahun 1984, kepakaran kami pada ketika itu adalah lebih kepada sektor pembinaan yang diuruskan oleh syarikat induk kami, iaitu KT Law & Associates Sdn Bhd. Kami mula menerokai sektor pembangunan hartanah pada tahun 2013 dan mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam sektor pembangunan infrastruktur. Sebahagian daripada projek perumahan yang telah kami siapkan sebelum ini terletak di wilayah selatan Selangor seperti Klang, Telok Panglima Garang (Taman Medan Jaya & Taman Dato’ Hormat) dan Dengkil.

 

KTL Properties Sdn Bhd juga memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada masyarakat sebagai tanggungjawab sosial korporat kami. Kami bukan sahaja memulakan projek perumahan baru, tetapi kami juga membaik pulih dan menyiapkan beberapa projek perumahan yang terbengkalai sebelum ini di Taman Medan Jaya.

 

Kami berusaha untuk terus membangun dan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kami untuk menepati kehendak dan aspirasi semua pembeli. Sebuah kediaman bukan sahaja berfungsi sebagai perlindungan yang dikelilingi empat belah dinding, akan tetapi kami juga berusaha membangunkan kawasan kediaman tersebut bagi membina komuniti dengan penuh kasih saying untuk semua pembeli kami melakar dan berkongsi kenangan manis antara satu sama lain.

Teras perniagaan KTL adalah untuk melaksanakan dan membangunkan projek hartanah bercampur terdiri daripada perumahan dan bangunan industri komersil.

Lebih Lanjut

Hubungi Kami

+603-3323 0099 atau 3324 7916
+603-3323 1185
ktlpropertiesoffice@gmail.com
No. 53-2, Jalan Mahogani 5/KS 7,
Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor.

Find us

Follow us

KTL Properties Sdn Bhd. 2016 All rights reserved ®